The SPRINT Highway (E23)

For emergency, please call LDP Helpline at 03-7494 7333.
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
  Events
  Scholarship
 
 
 

Events

PEMBUKAAN PUSAT JUALAN TOUCH N GO DI LDP DAN SPRINT

Date:2010-02-02

KENYATAAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA LITRAK

 

 

PEMBUKAAN PUSAT JUALAN TOUCH N GO DI LDP DAN SPRINT

 

 

Berita baik untuk para pengguna Touch n Go!!

 

Bermula 1 Februari ini, pembelian dan pengisian kad Touch n Go boleh dilakukan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) iaitu di Hentian Sebelah Tol Petaling Jaya selatan (Arah Utara - bersebelahan stesen petrol Esso) manakala untuk SPRINT di Plaza Tol Bukit Kiara (arah KL).

 

Pusat Jualan Touch n Go ini menyaksikan pelancaran oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’Ir Ismail Md. Salleh bersama Ketua Pegawai Eksekutif  LITRAK, Sazally Saidi.

 

Turut hadir semasa pelancaran itu adalah Pengarah Urusan Touch n Go, Hasni Zarina Mohamed Khan.

 

Sazally, dalam kenyataannya berkata, pembukaan kaunter-kaunter ini merupakan pendekatan berkesan dalam usaha mencapai dua objektif utama iaitu untuk merapatkan hubungan dengan pengguna jalanraya dan yang keduanya untuk meningkatkan penggunaan ETC ( Kutipan Tol Elektronik) di kedua-dua lebuh raya.

 

" Ketika ini kita mencatatkan penggunaan ETC sebanyak 48% di LDP dan 60% di SPRINT. Kita mensasarkan sekurang-kurangnya peningkatan sebanyak 20% lagi pada tahun ini kerana aliran trafik di plaza tol akan menjadi lebih lancar apabila pengguna menggunakan lorong-lorong elektronik", ujar beliau.

 

Pusat jualan ini akan dibuka dari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang sementara pada hari Jumaat pula dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.15 petang.

 

 

Sekian.

Dikeluarkan oleh    :         Bhavani Krishna Iyer

                                      Ketua Jabatan Komunikasi

                   LITRAK

 

Tel                        :         012-321 8303 / 03-7494 7011

 



here's the "preloaded content"

 

 
SPRINT © Copyright Protected. Powered by Orangutan Solutions. Privacy Notice [ENG|BM] | Disclaimer [ENG]
English Bahasa Malaysia