The SPRINT Highway (E23)

For emergency, please call LDP Helpline at 03-7494 7333.
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
  Events
  Scholarship
 
 
 

Events

PROGRAM TUISYEN SPRINT DI RUMAH AMAL - MAJLIS PENUTUP

Date:2010-04-09

KENYATAANMEDIA

 

9 APRIL 2010

 

PROGRAMTUISYEN SPRINT DI RUMAH AMAL - MAJLIS PENUTUP


PENDIDIKAN dan lebuh raya mungkin tidakmempunyai banyak persamaan namun syarikat konsesi lebuhraya SPRINT merasakanterdapatnya keperluan untuk mengadakan tuisyen secara percuma sebagai menyahutseruan dan  semangat 1Malaysia yang disarankan oleh kerajaan.

 

SPRINT telah memulakan program tuisyendi Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Kg Sg Penchala ini pada setiap minggu selamaenam minggu berturut-turut dan program ini melibatkan seramai 30 pelajarsekolah rendah.

 

Program yang dilaksanakan selama enamminggu yang berakhir dengan majlis penutup ini disempurnakan oleh KetuaPengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato Ir Hj Ismail Md Salleh. Beliaudalam ucapannya telah mengucapkan tahniah kepada SPRINT kerana telahmenjalankan program tanggungjawab sosial korporat dengan terancang sejajardengan visi negara untuk menjana kejayaan dalam soal pendidikan yang lebihcemerlang.

 

"Pihakswasta memainkan peranan penting dalam berkongsi dengan mereka yang kurangberkemampuan. Ia perlu melihat selain daripada keuntungan dan pembinaansesebuah bangsa menerusi tanggungjawab sosial korporat adalah salah satucaranya. " kata beliau.

 

Beliau jugaberkata, subjek-subjek yang dipilih untuk program tuisyen ini iaitu Matematikdan Sains, telah meningkatkan kefahaman syarikat mengenai proses transformasidalam sektor pendidikan terhadap sains dan teknologi.

 

Turut hadirdi majlis ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif SPRINT, Sazally Saidi yang percayabahawa aktiviti tanggungjawab sosial korporat seperti ini adalah satu remediyang mampu mendekati masyarakat.

 

Sazally,  seorang CEO yang prihatin kerana tidakketinggalan untuk turun padang pada setiap aktiviti tanggung jawab sosialkorporat yang dianjurkan oleh syarikat.

 

"Sebagaipengendali lebuhraya kami bukan sahaja berperanan untuk  mengurangkan jarak perjalanan hubungan tetapikami juga sentiasa berusaha  untukmerapatkan hubungan dengan masyarakat," kata beliau. Beliau juga

 

 

 

 

berkata,program tuisyen ini adalah program ketiga yang dianjurkan SPRINT di PusatJagaan Lambaian Kasih disamping program-program lain yang sedang dirangka untukmasa akan datang.

 

Sazallyberkata ia adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila melihat kegembiraanyang terpancar di wajah kanak-kanak ini di saat mereka menerima kunjungansemasa program tuisyen diadakan setiap hujung minggu. Beliau merasakan iniadalah pemberian yang benar-benar bersifat kemanusiaan dan ini perlu diamalkandan dikongsi agar kanak-kanak ini merasai nikmat dan erti sebuah kegembiraan.

 

Pusat JagaanLambaian Kasih merupakan rumah amal yang beroperasi secara persendirian dengankanak-kanak seramai 50 orang yang berumur dari 7 hingga 12 tahun. Sebahagianbesar daripada mereka adalah anak yatim dan selebihnya daripada golongan yangkurang berkemampuan.

 

Rumah amalini sangat memerlukan bantuan untuk menampung kos operasi dan mengalu-alukankutipan dana dan sumbangan dalam apa jua bentuk sekali pun. Untuk sebarangmaklumat lanjut, sila hubungi pengurus rumah amal ini, Mohd Basir B. Abdullah di talian 019-6019956.

 

 

 

Sekian.



here's the "preloaded content"

 

 
SPRINT © Copyright Protected. Powered by Orangutan Solutions. Privacy Notice [ENG|BM] | Disclaimer [ENG]
English Bahasa Malaysia