The SPRINT Highway (E23)

For emergency, please call LDP Helpline at 03-7494 7333.
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
  Events
  Scholarship
 
 
 

Events

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA SPRINT BERSAMA SMK SRI HARTAMAS, KUALA LUMPUR 27 JULAI, 2010

Date:2010-07-24

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA SPRINT

BERSAMA SMK SRIHARTAMAS, KUALA LUMPUR

27 JULAI, 2010

 

 SERAMAI 40 pelajar dari SMK SriHartamas cukup teruja apabila dijemput untuk menghadiri Program KeselamatanJalan Raya yang diaturkan dan ditaja oleh SPRINT baru-baru ini.

 

Program yang diadakan di Perfect Driving Academy,Puchong Prima ini menyaksikan sesi ceramah disampaikan oleh Francis Arokiamyang berpengalaman luas selama 25 tahun dalam bidang kejurulatihan pemanduan.

 

Dianugerahkan bakat sebagaiseorang penceramah, Arokiam juga berjaya memastikan pelajar-pelajar yang hadirmemberikan sepenuh perhatian ketika beliau berkongsi pengalaman mengenai ragampemandu. Lawak jenaka yang diselang-selikan oleh Arokiam pula berjayamembuatkan kesemua pelajar terhibur sepanjang berlangsungnya sesi ceramah.

 

Program ini merupakan sebahagiandaripada Program Keselamatan Jalan Raya SPRINT yang mensasarkan sekolah-sekolahsebagai kelompok yang perlu diberikan perhatian. Ketua Pegawai EksekutifSPRINT, Sazally Saidi turut dipetik sebagai berkata, "Sebagai pengendalilebuhraya, kami berperanan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatanjalanraya di kalangan masyarakat".

 

"Sejak dua tahun lepas, hasiltinjauan kami menunjukkan golongan yang harus mendapat faedah dari programkeselamatan jalanraya adalah pelajar-pelajar sekolah, selaras dengan seruanpihak Kerajaan yang mahukan kesedaran mengenai keselamatan jalanraya agarbermula dari sekolah", beliau berkata.

 

Beliau menambah, secara purata,SPRINT melancarkan sekurang-kurangnya satu program pada setiap bulan disekolah-sekolah di sepanjang jajarannya.

 

Sazally juga berkata, sebelum iniprogram hanyalah diadakan di sekolah-sekolah dan pihak Syarikat merasakanterdapatnya keperluan untuk penambah-baikan. "Kami telah berusaha untuk tampildengan idea-idea baru agar program ini menjadi lebih segar dan maka itu kaliini kami membawa pelajar-pelajar ini untuk menikmati suasana di sekolah memandusupaya mereka didedahkan kepada demonstrasi sebenar".

 

"Program yang dijalankan di sekolahmemandu ini pastinya menjanjikan suasana pembelajaran yang menarik dan laindari yang lain," Sazally berkata.

 

Selain daripada sesi ceramah, pelajar-pelajarturut berkesempatan untuk menyertai pertandingan kuiz dan latihan praktikalmengenai pemanduan kenderaan yang tidak kurang menariknya.

 

Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd ( SPRINT ) merupakansyarikat konsesi kepada Hubungan Damansara, Hubungan Kerinchi dan Hubungan Penchala.



here's the "preloaded content"

 

 
SPRINT © Copyright Protected. Powered by Orangutan Solutions. Privacy Notice [ENG|BM] | Disclaimer [ENG]
English Bahasa Malaysia