The SPRINT Highway (E23)

For emergency, please call LDP Helpline at 03-7494 7333.
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
  Events
  Scholarship
 
 
 

Events

Program Pembelajaran SPRINT di SK Sri Damai, Petaling Jaya - Sebuah Lagi Aktiviti Tanggung Jawab Sosial Korporat

Date:2009-01-03

Program Pembelajaran SPRINT di SK Sri Damai, Petaling Jaya - Sebuah Lagi Aktiviti Tanggung Jawab Sosial Korporat

 

Tampil dengan penuh keyakinan tanpa perasaan gugup, Khadijah Ibrahim yang cuma berumur 10 tahun berdiri di atas pentas dengan sebuah buku yang berwarna-warni. Dia kelihatan akan membaca sebuah cerita berbahasa Inggeris dan dengan kepetahannya yang terserlah telah membuatkan penonton tekun menonton persembahannya.

 

Khadijah Ibrahim merupakan salah seorang pelajar yang telah turut serta dalam persembahan menarik yang diadakan sewaktu pelancaran Program Pembelajaran SPRINT di SK Sri Damai Petaling Jaya baru-baru ini.

 

Bahasa Inggeris merupakan penggerak kepada pembahasaan yang memacu kepada ekonomi global. Justeru itu dalam menyediakan persiapan untuk penglibatan secara total dalam ekonomi secara global adalah dilihat bahawa ketidakpekaan masyarakat terhadap Bahasa Inggeris adalah suatu isu yang kritikal ketika ini.

 

Selaras dengan keprihatinan terhadap isu penguasaan Bahasa Inggeris, SPRINT telah melancarkan program komunitinya bagi tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar. Kerjasama yang dimeterai bersama SK Sri Damai ini mempunyai satu objektif khusus iaitu merangsang, mempertingkatkan dan memaksimumkan minat serta kemampuan pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris.

 

SPRINT yang mewakili satu entiti korporat yang bertanggung-jawab terhadap aktiviti kemasyarakatan melihat langkah ini adalah sebagai menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pendidikan khasnya untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar.

 

Program yang dilancarkan SPRINT ini merangkumi sumbangan suratkhabar New Straits Times Press selama 17 minggu di mana segala suratkhabar tersebut akan digunakan oleh tenaga pengajar serta guru-guru untuk tampil dengan teknik-teknik pembelajaran yang ideal dan kreatif untuk tujuan pembelajaran di dalam kelas.

 

Puan Rohaidah Suradi yang merupakan gurubesar SK Sri Damai dalam ucapannya telah berkongsi pandangannya bahawa Bahasa Inggeris merupakan satu keperluan yang konklusif ketika ini dan beliau berterima kasih dan menghargai terhadap sumbangan SPRINT kerana telah memilih SK Sri Damai bagi tujuan pelancaran program.

 

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengurus Komunikasi SPRINT, Bhavani Krishna Iyer yang menyatakan bahawa program di SK Sri Damai adalah merupakan salah satu antara banyak lagi aktiviti tanggung-jawab sosial korporat yang sudah dirancang dan dilaksanakan oleh SPRINT.

 

"Sebagai sebahagian daripada program ini, kami juga telah melancarkan sudut derma buku di beberapa tempat yang strategik dan buku-buku tersebut akan dikumpulkan dan diserahkan kepada perpustakaan SK Sri Damai", katanya.

 

Sudah pastinya program murni ini tidak akan berjaya dan mencapai matlamatnya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pengedaran, News Straits Times Press yang pada majlis itu diwakili oleh Rohaiza Baharin.

 

Program diakhiri dengan persembahan dari pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dan SPRINT meyakini bahawa ia merupakan satu permulaan yang amat positif dalam mencapai keseluruhan objektif untuk kemajuan dan penambahbaikan sekolah.



here's the "preloaded content"

 

 
SPRINT © Copyright Protected. Powered by Orangutan Solutions. Privacy Notice [ENG|BM] | Disclaimer [ENG]
English Bahasa Malaysia