The SPRINT Highway (E23)

For emergency, please call LDP Helpline at 03-7494 7333.
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
  Events
  Scholarship
 
 
 

Events

KUMPULAN SPRINT KORBANKAN UNTA DI KAMPUNG SUNGAI PENCALA

Date:0000-00-00
Untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, syarikat konsesi Lebuhraya Damansara Puchong, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd(Litrak) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) telah menyumbangkan dua ekor lembu kepada penduduk kampung Sungai Pencala untuk di korbankan. Aktiviti korban pada kali ini adalah kali ketiga berturut yang diadakan di kampung Sungai Pencala Oleh Litrak dan Sprint. Lembu tersebut telah diserahkan kepada jawatankuasa Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Pencala Untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua, iaitu pada hari sabtu dan dagingnya diagih-agihkan kepada penduduk kampung tersebut.Secara keseluruhannya , Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah telah mengorbankan 11 ekor lembu. Menurut Pengurus Besar Operasi Litrak , En Sazally Saidi, sumbangan tersebut adalah sebahagian dari usaha kemasyarakatan yang dibuat secara berterusan dengan kampung Sungai Pencala yang dijadikan kampung angkat. "Selain dari tuntutan ibadah , usaha murni ini adalah sebagai menghargai kerjasama penduduk yang telah banyak memberi kerjasama dalam membantu melicinkan pembinaan Lebuhraya Sprint Hubungan Penchala yang melalui perkampungan tradisional ini".Kata En. Sazally.

 

 
SPRINT © Copyright Protected. Powered by Orangutan Solutions. Privacy Notice [ENG|BM] | Disclaimer [ENG]
English Bahasa Malaysia