|
Kadar Tol
Kutipan tol untuk laluan Hubungan Damansara dan Hubungan Kerinchi bermula pada 9 September 2001, sementara kutipan untuk Hubungan Penchala bermula pada 22 Mac. Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu telah mengumumkan semua kadar bayaran. Bagi kenderaan kelas pertama (kereta), Kabinet telah menetapkan kadar bayaran tol pada RM1.50 untuk Hubungan Kerinchi, RM1.00 untuk Hubungan Damansara dan RM2.00 untuk Hubungan Penchala. Kadar bayaran ini telah ditentukan oleh beberapa faktor seperti kos pembinaan, perolehan tanah dalam bandar, juga kos penyelenggaraan lebuh raya. SPRINT mengamalkan sistem tol terbuka untuk memudahkan perjalanan di bahagian barat Kuala Lumpur disamping mengekalkan keselesaan laluan masuk bagi semua pemandu kenderaan. Sistem ini membolehkan semua pemandu kenderaan untuk terus menggunakan lokasi masuk dan keluar yang disediakan untuk perjalanan yang pantas. Sebagai lebuh raya yang telah diswastakan, lebuhraya SPRINT mengenakan tol di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, Hubungan Damansara hanya dikenakan tol pada satu arah sahaja iaitu laluan ke arah Barat dan ini termasuklah satu laluan bebas tol di sekitar kawasan terbabit. Sementara usaha mewujudkan tol adalah untuk laluan trafik di Lebuh raya SPRINT, jalan alternatif bebas tol turut disediakan untuk semua pengguna lebuh raya. Kadar-kadar tol telah mengambil kira permintaan oleh semua pihak termasuklah persatuan-persatuan penduduk. | KADAR TOL LEBUHRAYA SPRINT | | Jenis Kenderaan | Hubungan Kerinchi | Hubungan Damansara | Hubungan Penchala | | Kereta Persendirian C Kelas 1 | RM1.50 | RM1.00 | RM2.00 | | Kenderaan dengan 2 gandar (6 roda) | RM3.00 | RM2.00 | RM4.00 | | Kenderaan dengan 3 gandar (6 roda dan ke atas) | RM4.50 | RM3.00 | RM6.00 | | Teksi (Kelas 4) | RM0.80 | RM0.50 | RM1.00 | | Bas (Kelas 5) | RM1.50 | RM1.00 | RM2.00 |
|